Taklimat Pengenalan eKelas oleh Team eKelas Maxis
16 Januari 2017 | Aktiviti Terkini15 Januari 2017, Ahad - Taklimat Pengenalan eKelas diadakan bagi memberi pendedahan kepada komuniti mengenai program yang dianjurkan oleh Maxis iaitu kelas tambahan atas talian secara percuma kepada pelajar sekolah menengah tingkatan 1, 2 dan 3. Selain itu, untuk mendapatkan maklum balas daripada penduduk sekitar mengenai aktiviti ini supaya dapat dilaksanakan dengan kerjasama yang baik terutamanya daripada pihak ibu bapa.
Komunti sekitar juga diberi penerangan mengenai program ekelas yang akan bermula pada 20 Januari 2017. Sesi pengenalan ini juga diselitkan dengan penerangan cara pembelajaran yang akan digunakan disertai tayangan video holiday camp bagi pelajar ekelas pada tahun lepas sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada pelajar untuk mendaftar sebagai pelajar eKelas.
Aktiviti lain yang berlangsung pada hari tersebut adalah pendaftaran ekelas untuk pelajar sekolah menengah tingkatan 1, 2, dan 3. Seramai lebih kurang 30 pelajar dan ibu bapa yang hadir. Program bermula pada jam 11.00 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: