3D Crossword & Kahoot Games
11 November 2018 | Aktiviti Terkini10 November 2018, Sabtu – Pusat Internet Presint 18 bersama Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 dan MIV telah mengadakan Kelas 3D Crossword & Kahoot Games di PI Presint 18. Kelas ini merupakan kolaborasi bersama Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 dan MIV. Kelas 3D Crossword diadakan dengan menggunakan Microsoft Power Point. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta asas menggunakan Microsoft Power Point disamping menghasilkan tulisan 3D menarik. Aktiviti ini juga dapat mencungkil idea menarik peserta dalam menghasilkan tulisan 3D yang unik dan cantik.
Kahoot Games pula diadakan untuk memberi pengetahuan baru serta mendedahkan kepada perserta penggunaan internet secara bijak berpandukan soalan yang dipaparkan iaitu mengenai ICT dan Klik Dengan Bijak. Kelas telah diadakan pada 4 November 2018, Ahad yang lalu bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: