Penilaian eKelas Subjek English, Matematik & Sains
05 Mac 2018 | Aktiviti Terkini4 Mac 2018, Ahad – EKelas Maxis telah mengadakan sesi penilaian untuk pelajar eKelas pada awal bulan ini bagi subjek English, Matematik dan Sains. Penilaian ini diadakan untuk menguji tahap kefahaman para pelajar setelah menghadiri eKelas yang diadakan setiap minggu.
Penilaian bagi subjek English diadakan secara manual manakala penilaian subjek Matematik dan Sains diadakan secara atas talian menggunakan portal eKelas. Sesi penilaian dijalankan pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu pada 2 dan 3 Mac yang lalu di PI Presint 18. Sesi penilaian diadakan mengikut jadual subjek eKelas. Seramai 20 orang pelajar hadir untuk sesi penilaian ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: