Kelas Bahasa Arab

12 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

11 Julai 2018, Ahad – Program menarik yang telah diadakan sejak bulan Februari yang lalu iaitu Kelas Bahasa Arab kini diteruskan selepas ditangguh sempena Aidilfitri. Kelas Bahasa Arab ini dianjurkan sepenuhnya oleh Surau Al-Kauthar dengan kerjasama Pusat Internet Presint 18. Kelas yang diadakan selama 2 jam setiap minggu ini diadakan pada setiap Hari Ahad & dikelola sepenuhnya oleh tenaga pengajar yang dijemput khas iaitu Ustaz Hashrul daripada Surau Al-Kauthar Presint 18.

Pusat Internet Presint 18 sebagai penganjur bersama turut berbesar hati menyediakan bilik latihan sebagai lokasi utama bagi memudahkan sesi pembelajaran bersama para pelajar. Program ini sebagai salah satu inisiatif membantu para pelajar khususnya yang bakal menghadapi peperiksaan SRA, PT3 & SPM disamping memupuk warga komuniti yang lain berminat mempelajari Bahasa Arab sebagai Bahasa Al-Quran. Kempen Mobile ewaste & Check Your Label turut diselitkan bagi memberi kesedaran kepada para pelajar yang hadir tentang program advokasi anjuran Pusat Internet Presint 18.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas