Kelas Bahasa Arab
26 Mac 2018 | Aktiviti Terkini25 Mac 2018, Ahad – Satu program menarik diadakan pada bulan Mac ini iaitu Kelas Bahasa Arab untuk komuniti. Kelas Bahasa Arab ini dianjurkan sepenuhnya oleh Surau Al-Kauthar dengan kerjasama Pusat Internet Presint 18. Kelas yang diadakan selama 2 jam setiap minggu ini diadakan pada setiap Hari Ahad (bermula bulan Mac 2018) & dikelola sepenuhnya oleh tenaga pengajar yang dijemput khas daripada Surau Al-Kauthar Presint 18.
Pusat Internet sebagai penganjur bersama turut berbesar hati menyediakan bilik latihan sebagai lokasi utama bagi memudahkan sesi pembelajaran bersama para pelajar. Program ini sebagai salah satu inisiatif membantu para pelajar khususnya yang bakal menghadapi peperiksaan SRA, PT3 & SPM disamping memupuk warga komuniti yang lain berminat mempelajari Bahasa Arab sebagai Bahasa Al-Quran. Kempen Klik Dengan Bijak & Advokasi turut diselitkan bagi memberi kesedaran kepada para pelajar yang hadir tentang kempen KDB serta program advokasi anjuran Pusat Internet Presint 18.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: