Portal eKelas – Learning Port

13 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

12 Ogos 2018, Ahad – Kelas pendidikan secara digital, portal eKelas merupakan portal interaktif yang menarik untuk pelajar tingkatan 1 hingga 3. Portal ini merupakan inisiatif dari Maxis untuk menarik minat para pelajar dalam pembelajaran berasaskan pendidikan digital. Portal ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai konsep pembelajaran secara digital untuk tiga subjek utama iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Portal eKelas memperkenalkan Learning Port di portal eKelas memudahkan pelajar untuk mengakses nota, video pembelajaran serta menjawab latihan soalan terdiri daripada subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Sejarah. Silibus yang digunakan di dalam portal ini juga menepati piawaian pembelajaran sekolah yang ditetapkan. Sesi ulangkaji menggunakan portal eKelas diadakan pada setiap minggu di PI Presint 18 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas