Program Hari Keluarga Komuniti Blok D 18R13
11 November 2018 | Aktiviti Terkini10 November 2018, Sabtu – Persatuan Penduduk Komuniti Blok D 18R13 dengan jayanya telah mengadakan Program Hari Keluarga Komuniti Blok D 18R13 bagi tahun 2018. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan untuk menjalinkan ukhwah sesama penduduk sekitar disamping menyertai aktiviti sihat iaitu bersukan. Pusat Internet Putrajaya juga turut membuka booth dan bekerjasama dengan ajk sebagai urusetia program. Antara aktiviti yang diadakan di booth PI Putrajaya adalah pendaftaran ahli, portal ekelas, advokasi – Check Your Label, Mobile ewaste, dan kuiz KDB.
Program telah diadakan pada 3 November 2018, Sabtu yang lalu. Antara aktiviti menarik yang berlangsung adalah sukaneka, gerai jualan, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah. Pengunjung yang hadir terdiri daripada penduduk sekitar Presint 18. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
Tujuan aktiviti ini diadakan untuk :
- Mempromosi pusat internet kepada komuniti sekitar dan meningkatkan keahlian pengguna Pusat Internet Putrajaya
- Mempromosi program ekelas kepada pelajar dan ibu bapa
- Memberi pendedahan dan kesedaran kepada komuniti mengenai program Mobile eWaste dan Check Your Label dan Klik Dengan Bijak (KDB)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: