eKelas November

7 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

6 November 2019, Rabu – EKelas diteruskan pada bulan November bersama pelajar ekelas dan bulan ini merupakan bulan terakhir sesi pembelajaran ekelas pada tahun ini. Sesi pembelajaran diadakan secara Live Tutorial dan ulangkaji cikgu bersama pelajar.

Pelajar berpeluang mendapat tips menarik daripada cikgu mengenai teknik menjawab soalan peperiksaan serta membincangkan topik yang mungkin keluar untuk peperiksaan akhir tahun nanti. Sesi pembelajaran eKelas bulan ini dijalankan di PI Presint 18 setiap hari Jumaat dan Sabtu. Pada sesi pembelajaran minggu lalu, cikgu memberi taklimat mengenai MISI DIGITAL #3 iaitu pertandingan menulis karangan (blog) di portal ekelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas