Advokasi & eKelas bersama Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1)

3 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

2 Mac 2019, Sabtu – Pusat Internet Putrajaya telah menganjurkan Program Advokasi & eKelas bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1). Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR mengenai kelas pendidikan secara digital dan portal eKelas iaitu portal interaktif yang menarik untuk pelajar sekolah. Pendaftaran pelajar Tahun 6 secara percuma di portal eKelas juga telah dijalankan ketika program berlangsung. Program eKelas ini merupakan inisiatif dari Maxis untuk menarik minat para pelajar dalam pembelajaran berasaskan pendidikan digital untuk tiga subjek utama iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

EKelas juga telah memperkenalkan Learning Port dan eCikgu di portal memudahkan pelajar untuk mengakses nota, bersoal jawab dengan cikgu serta menjawab latihan soalan terdiri daripada subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Sejarah. Silibus yang digunakan juga menepati piawaian pembelajaran sekolah yang ditetapkan. Program juga diselitkan dengan tayangan video serta penerangan ringkas advokasi mengenai Buli Siber. Program diadakan pada 1 Mac 2019, Jumaat yang lalu bermula jam 11.00 pagi hingga 12.15 tengahari. Seramai 33 orang pelajar Tahun 6 telah menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas