Persediaan Exam & PT3 bersama eKelas

8 September 2019 | Aktiviti Terkini

7 September 2019, Sabtu – EKelas telah mengadakan Kelas Khas untuk persediaan pelajar menduduki Peperiksaan Akhir Tahun dan PT3. Kelas Khas ini diadakan khusus kepada pelajar eKelas tingkatan 1 hingga 3 bagi subjek English, Matematik, dan Sains. Pelajar berpeluang mendapat tips menarik daripada cikgu mengenai teknik menjawab soalan peperiksaan serta membincangkan topik yang mungkin keluar untuk peperiksaan nanti.

Selain itu, pelajar diberi penerangan mengenai cara mengakses Learning Port iaitu website yang merangkumi latihan dan nota padat untuk pelajar eKelas. Kelas khas ini telah dijalankan pada hari Jumaat, 6 September yang lalu di PI Presint 18 bermula jam 3 petang hingga 6 petang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 3.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas