Asas Keusahawanan & Resume bersama Giatmara Putrajaya

17 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

16 Februari 2019, Sabtu – Pusat Internet Putrajaya telah menganjurkan Latihan Asas Keusahawanan & Resume bersama Giatmara Putrajaya. Latihan bersama pelajar Giatmara diadakan pada minggu kedua setiap bulan bermula bulan Februari sehingga Mei 2019. Modul latihan yang dijalankan pada minggu ini merangkumi taklimat asas keusahawan, teknik membuat Resume menggunakan website canva.com dan advokasi.

Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelajar asas keusahawanan dan kaedah membuat Resume dengan mudah dan menarik. Program juga diselitkan dengan Kuiz Kahoot Usahawan dan advokasi untuk menguji tahap kefahaman pelajar semasa kelas berlangsung. Program diadakan pada 15 Februari 2019, Jumaat yang lalu bermula jam 2.45 petang hingga 5.00 petang. Seramai 20 orang pelajar dan 3 orang guru Giatmara telah menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas