PI Putrajaya @ Program “Dadah Membawa Padah” bersama Komuniti 18R13

11 April 2019 | Aktiviti Terkini

10 April 2019, Rabu – Rukun Tetangga Komuniti 18R13 dengan jayanya telah mengadakan Program “Dadah Membawa Padah” bersama Komuniti 18R13. Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai dadah yang memberi banyak kesan negatif kepada masyarakat dan negara. Program tersebut telah dihadiri oleh pegawai AADK untuk memberi taklimat kesedaran bahayanya dadah kepada penduduk setempat. Tetamu jemputan lain adalah pegawai daripada PDRM, Jabatan Kesihatan dan JPNIN. Program tersebut dirasmikan oleh Pengarah JPNIN WP Putrajaya En. Shahrani bin Yusoff.

Pusat Internet Putrajaya mengambil kesempatan ini turut serta turun padang membuka booth dan bekerjasama dengan ajk sebagai urusetia program. Antara aktiviti yang dijalankan di booth PI Putrajaya adalah pendaftaran ahli PI, pendaftaran ekelas, advokasi Kuiz Kahoot KDB, Word Search Internet Safety, Mobile eWaste, Check Your Label dan Kuiz Teka Logo. Program telah diadakan pada 6 April 2019 bersamaan hari Sabtu yang lalu. Program tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas