Mobile App & Scratch Workshop

1 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

31 Julai 2019, Rabu – Program kolaborasi Dynamic Ninja Academy dan Pusat Internet Presint 18 iaitu Mobile App & Scratch Workshop telah diadakan pada 28 Julai 2019, Ahad yang lalu. Kandungan untuk pembelajaran kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai Mobile App iaitu pembangunan aplikasi secara mudah menggunakan app inventor (free online development tool daripada Google and MIT).

Kelas Scratch merupakan kelas animasi menarik dan mudah difahami untuk pelajar peringkat sekolah rendah dalam mencipta animasi ringkas yang kreatif dan menarik. Program pada kali ini telah dihadiri oleh para pelajar sekolah rendah dan menengah untuk Kelas Mobile App dan Animasi Scratch. Program diadakan pada 28 Julai 2019 Ahad yang lalu dihadiri oleh 20 orang peserta, berlangsung di PI Presint 18 bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas