Modul Keusahawanan – Video Pemasaran bersama Giatmara Putrajaya

27 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

26 Oktober 2019, Sabtu – Pusat Internet Putrajaya telah menganjurkan Modul Keusahawanan bertajuk Video Pemasaran bersama pelajar Giatmara Putrajaya. Latihan bersama pelajar Giatmara diadakan setiap bulan bermula bulan Julai sehingga November 2019. Modul latihan yang dijalankan pada minggu ini merangkumi asas keusahawan mengenai modul penyuntingan video menggunakan software filmora dan teknik mengambil video untuk jualan online.

Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelajar asas keusahawanan dan kaedah mencipta video pengiklanan produk dengan mudah dan menarik hanya menggunakan smart phone. Program diadakan pada 25 Oktober 2019, Jumaat bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Seramai 15 orang pelajar dan seorang guru Giatmara telah menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas