School Break Programs 2019

4 April 2019 | Aktiviti Terkini

3 April 2019, Rabu – Bersempena cuti persekolahan pada bulan Mac yang lalu, PI Presint 18 telah mengadakan program cuti sekolah untuk pelajar sekolah. Disamping dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Program yang dijalankan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Pelajar diberi pendedahan awal tentang asas ICT serta software yang berkaitan yang boleh meningkatkan kemahiran pelajar sekolah.

Program ini telah berlangsung pada penggal cuti persekolahan bulan Mac iaitu pada 25, 27, 28, 30 & 31 Mac 2019. Antara aktiviti menarik yang telah diadakan adalah Kelas Fast Typing, Microsoft Word (Mereka Kad), Kuiz Kahoot KDB, Google Maps & Earth, Cara Membuat Slime, dan Kelas Animasi menggunakan Microsoft Power Point. Program diadakan di bilik latihan Pusat Internet Presint 18. Kelas bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Seramai hampir 20 orang pelajar yang menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas