Misi Digital Raya eKelas – Misi 1

13 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

12 Mei 2019, Ahad – EKelas Maxis telah mengadakan program menarik untuk pelajar eKelas pada bulan ini iaitu Misi Digital Raya bersama eKelas. Program ini diadakan untuk mencungkil bakat kreatif pelajar ekelas dengan melukis/mereka idea dekorasi raya di Pusat Internet sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Pelajar ekelas juga dapat mengisi masa terluang bersama rakan-rakan mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

Misi ini akan berlangsung selama 2 sesi iaitu pada 11 dan 18 Mei 2019 (Sabtu). Taklimat untuk Misi 1 Digital Raya telah dijalankan pada hari Sabtu, 11 Mei yang lalu di PI Presint 18 bermula jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Pelajar ekelas tingkatan 1 dan 2 telah hadir untuk menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas