Orientasi eKelas 2019

24 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

23 Januari 2019, Rabu – EKelas untuk tahun 2019 dimulakan dengan minggu orientasi eKelas bersama cikgu eKelas. Maxis eKelas mengadakan orientasi untuk pelajar eKelas bagi tahun ini mengikut jadual pada bulan Januari iaitu pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Orientasi yang diadakan dalam 2 minggu pertama ini dijalankan dengan cikgu eKelas akan berjumpa dengan pelajar-pelajar secara Live Tutorial dan memberi tunjuk ajar cara-cara eKelas Live Tutorial dan eCikgu dijalankan serta penggunaan Portal. Kelas pembelajaran yang sebenarnya akan bermula dalam bulan Februari iaitu selepas cuti Tahun Baru Cina nanti.

Sesi orientasi eKelas pada minggu lalu telah dijalankan di ori Presint 18 pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu dan akan diteruskan pada minggu akhir bulan Januari. Orientasi tersebut telah dihadiri oleh pelajar tingkatan 1 hingga 5.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas