Pengenalan PI dan Advokasi bersama Giatmara Putrajaya

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2019, Sabtu – Pusat Internet Putrajaya telah menganjurkan program bersama Giatmara Putrajaya untuk memberi taklimat Pengenalan PI & Advokasi bersama Giatmara Putrajaya. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada mereka mengenai tujuan utama penubuhan Pusat Internet di Malaysia serta program yang telah dijalankan oleh PI. Kami juga telah memberi taklimat ringkas mengenai 5 pembelajaran modul yang akan dijalankan bersama Giatmara Putrajaya bermula Februari hingga Mei 2019. Latihan tersebut akan berlangsung pada minggu kedua setiap bulan bermula bulan hadapan. Modul tersebut merangkumi latihan ict, keusahawan dan advokasi kepada para pelajar serta guru-guru Giatmara.

Program diteruskan dengan taklimat advokasi iaitu mengenai Check Your Label, Klik Dengan Bijak – Mengurus Jejak Digital Anda, dan pop kuiz. Sesi penyampaian hadiah juga diadakan untuk peserta yang berjaya menjawab soalan. Program diadakan pada 18 Januari 2019, Jumaat yang lalu bermula jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Seramai 25 orang pelajar dan 3 orang guru Giatmara telah menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas