Kelas Online - Keusahawanan, Perniagaan Atas Talian

10 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

9 Disember 2020, Rabu – Kelas secara atas talian oleh Pusat Internet Komuniti Presint 18 telah diadakan bertajuk Keusahawanan iaitu perniagaan atas talian (Online Business). Penerangan secara ringkas mengenai cara menjadi usahawan atas talian yang lebih efektif dan kreatif. Pembelajaran kita kali fokus kepada aplikasi yang boleh kita gunakan sebagai platform atau medium kita dalam memudahkan lagi usaha kita dalam menjalankan perniagaan atas talian. Antara aplikasi tersebut ialah Business Whatsapp, Clipper dan Instagram.

Kelas secara online telah diadakan pada 9 Disember yang lalu menggunakan medium media sosial iaitu Facebook. Disamping itu, pengajar memberi sedikit taklimat berkenaan dengan kesedaran dalam kempen yang sedang dijalankan iaitu kempen ‘Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong’.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas