Kuiz Online – Wordsearch KDB

21 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

21 Disember 2020, Isnin– Kuiz secara atas talian diadakan untuk menguji tahap ketangkasan masa peserta dalam mencari perkataan tersembunyi. Peserta dapat menggunakan masa terluang dengan baik dengan menyertai kuiz tersebut. Selain itu, sebagai salah satu pendedahan kepada kempen Klik Dengan Bijak (KDB).

Petugas menggunakan aplikasi atas talian thewordsearch.com untuk menghasilkan kuiz tersebut dan memaparkan kuiz tersebut di Facebook Page Pusat Internet. Komuniti dapat menyertai kuiz tersebut secara atas talian dan percuma. Komuniti yang berminat hanya perlu menekan link yang diberikan dan paparan kuiz akan terus tersedia. Mereka boleh menggunakan telefon pintar atau komputer dan boleh memuat naik hasil carian perkataan di ruangan komen. Kuiz Online telah diadakan pada 20 Disember yang lalu menggunakan medium media sosial iaitu Facebook.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas