Kuiz Kahoot Sejarah Malaysia

23 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

22 Ogos 2020, Sabtu – Aktiviti diadakan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta dengan menitik beratkan pengetahuan am mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia yang ke 63 tahun. Peserta dilihat teruja bersaing dengan rakan-rakan menjawab soalan betul ketika menyertai sesi Kuiz Kahoot Sejarah Malaysia. Sesi ini bermula pada jam 12 tengahari hingga 1 petang. Aktiviti tersebut diadakan di PI Presint 18 pada 22 Ogos yang lalu. Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas