Micro:bit : Mengenal Microsoft MakeCode

30 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

29 Julai 2020, Rabu – Aktiviti ini diadakan untuk memperkenalkan peserta mengenai Micro:bit daripada Microsoft MakeCode iaitu software aplikasi membuat program coding dengan mudah secara atas talian. Peserta mempelajari asas menggunakan Micro:bit melalui laman web https://makecode.microbit.org.

Laman web tersebut menyediakan platform mudah untuk peserta sebagai permulaan untuk menghasilkan program Micro:bit dengan hanya mengikut arahan (Tutorial) yang disediakan untuk menyusun blok dan menyiapkan program. Antara tutorial program Micro:bit yang dipelajari (susunan blok) ialah Smiley Button, Flashing Hearts dan Name Tag. Aktiviti tersebut diadakan di PI Presint 18 pada 26 Julai yang lalu. Seramai 4 orang peserta telah hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas