Oversharing & Maklumat Palsu – FB Live bersama MIV

12 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

11 Oktober 2020, Ahad – Facebook Live bersama MIV (Malaysian ICT Volunteer) sempena kempen ‘Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong’ bertajuk Oversharing dan Maklumat Palsu telah diadakan di Pusat Internet Presint 18. Pihak MCMC sedang giat menjalankan kempen ‘Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong’ bagi membendung penyebaran maklumat palsu yang semakin berleluasa ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

Terdapat segelintir pengguna menjadikan media sosial sebagai medium untuk berkongsi secara berlebihan maklumat peribadi mereka serta menyebarkan berita palsu dan telah menyebabkan masyarakat keliru sehingga terpengaruh. Pengguna Internet yang bijak tidak akan berkongsi secara berlebihan di media sosial dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar. Kelas secara online FB Live bersama MIV telah diadakan bermula jam 10.30 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas