Canva – Mencipta Poster Merdeka

23 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

22 Ogos 2020, Sabtu – Aktiviti ini diadakan untuk memperkenalkan peserta mengenai Canva iaitu website mencipta poster dengan mudah secara atas talian. Peserta mempelajari asas menggunakan Canva melalui laman web https://www.canva.com/. Laman web tersebut menyediakan platform mudah untuk peserta mencipta poster menarik sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 63 tahun ini.

Selain itu, aktiviti diadakan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta dengan menitik beratkan pengetahuan asas mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia yang ke 63 tahun. Aktiviti tersebut diadakan di PI Presint 18 pada 22 Ogos yang lalu. Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas