Kursus Asas Fotografi

10 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

09 Julai 2021 Jumaat, Pengurusan Pusat Internet Komuniti (PIK) iaitu Sprintz Designs Sdn. Bhd. telah mengadakan kursus secara atas talian bertajuk Kursus Asas Fotografi untuk staf Pusat Internet Komuniti (PIK) daripada Putrajaya dan Linggi secara atas talian. Kursus Asas Fotografi menggunakan telefon pintar telah dihadiri oleh 8 staf pengurus dan penolong pengurus dari Pusat Internet Komuniti (PIK) Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10, Presint 16, Presint 18 dan Linggi.

Latihan ini telah diadakan sebanyak dua sesi bermula pada pukul 8:30 pagi sehingga 5:00 petang. Pengisian latihan adalah pengenalan kepada jenis-jenis fotografi, asas-asas fotografi dan juga asas-asas sebelum mengambil foto dan juga cara menyunting foto menggunakan aplikasi snapseed. Sesi terakhir staf-staf PIK diberi tugasan untuk menyunting foto yang baru diambil dan mengedit foto tersebut dan membentangkan penghasilan foto mereka. Kursus Asas Fotografi menggunakan telefon pintar ini telah disampaikan oleh Tuan Ariffudin Othman dari Yes Academy.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas