Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

8 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

7 Julai 2021, Rabu – PIK Presint 18 mengemaskini berita terkini secara atas talian mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menerusi platform Facebook Page PIK Presint 18 kepada komuniti setempat. Tujuan adalah untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada masyarakat mengenai maklumat sahih dan berita terkini Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Maklumat diambil daripada sumber yang sahih seperti FB Page Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Kesihatan WP Putrajaya.

Pusat Internet Komuniti (PIK) juga dijadikan sebagai pusat untuk membantu orang ramai yang sukar mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera. Melalui usaha ini, diharapkan dapat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya proses vaksinasi dalam membantu kerajaan barisan hadapan dalam memerangi wabak COVID-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas