Entrepreneurship: SSM Online Registration

12 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

11 Februari 2021, Khamis – Kelas diadakan bertujuan untuk membantu usahawan mendaftar akaun perniagaan di laman web SSM secara atas talian. Usahawan dapat mempelajari cara mendaftar akaun perniagaan di laman web SSM iaitu di https://ezbiz.ssm.com.my/. Selain itu, usahawan juga mempelajari cara menggunakan perbankan secara atas talian seperti Maybank2u dan CIMB Clicks. Usahawan juga mendapatkan bantuan petugas PIK cara untuk mendaftar akaun Facebook yang baru untuk perniagaan online dan tips untuk mempromosikan perniagaan secara atas talian menggunakan facebook.

Aktiviti tersebut diadakan di PIK Presint 18 pada Rabu dan Khamis, 10 & 11 Februari 2021. Disamping itu, petugas PIK memberi penerangan berkenaan Klik Dengan Bijak seperti kepentingan dalam menjaga privasi maklumat peribadi terutamanya melibatkan perbankan atas talian dengan tidak sewenangnya berkongsi maklumat mengenai akaun bank dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas