Kursus Videografi

12 September 2021 | Aktiviti Terkini

11 September 2021, Sabtu - Pengurusan Pusat Internet Komuniti (PIK) iaitu Sprintz Designs Sdn. Bhd. menganjurkan kursus secara atas talian bertajuk Kursus Videografi untuk staf Pusat Internet Komuniti (PIK) daripada Putrajaya dan Linggi. Kursus Videografi menggunakan telefon pintar telah dihadiri oleh 9 orang staf dari Pusat Internet Komuniti (PIK) Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10, Presint 16, Presint 18 dan Linggi.

Latihan ini telah diadakan dua sesi bermula pada pukul 8:30 pagi sehingga 5:00 petang. Pengisian latihan adalah pengenalan kepada Videografi, teknik mengambil video, cara menyusun plot video menggunakan skrip dan story board dan juga cara menyunting video menggunakan aplikasi VN. Sesi terakhir staf PIK diberi tugasan untuk menyunting video jualan produk dan mengedit video menggunakan VN, serta muatnaik penghasilan video mereka di Youtube atau akaun media sosial untuk perkongsian tontonan bersama pengajar. Kursus Videografi diadakan pada 10 September 2021, Jumaat disampaikan oleh Tuan Fadzillah bin Suhaili dari Yes Academy.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas