Kelas Bakeri Komuniti bersama Giatmara Putrajaya

13 November 2021 | Aktiviti Terkini

12 November 2021, Jumaat – Satu program kelas bakeri telah diadakan untuk komuniti terutamanya para surirumah di sini. Program ini merupakan anjuran Giatmara bersama PIK Putrajaya. Program bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat mengasah bakat dan minat dalam bidang bakeri dan keusahawanan untuk menjana pendapatan sampingan. Program bermula dengan kata aluan daripada Pengurus Giatmara Putrajaya iaitu Puan Rahimah. Tenaga pengajar untuk program kelas bakeri ini adalah cikgu dari Giatmara iaitu Puan Shafiqah.

Program telah dijalankan secara atas talian menggunakan platform Google Meet bermula pukul 10 pagi. Seramai 14 orang peserta yang hadir terdiri daripada penduduk setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas