Kursus eRezeki Rangers

11 November 2021 | Aktiviti Terkini

10 November 2021, Rabu – Staf pengurusan Pusat Internet Komuniti telah menyertai sesi live bersama pihak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam Kursus eRezeki Rangers sesi ke-6.

Kursus khas untuk semua pengurus Pusat Internet Komuniti untuk diberikan kepada komuniti setempat. Kursus dimulakan dengan penerangan mengenai apa itu e-Rezeki dan peluang-peluang menjana pendapatan melalui program ini. Antara modul yang telah dijalankan adalah seperti berikut; pengenalan e-Rezeki, jenis-jenis kerja di e-Rezeki, latihan praktikal di eRezeki.my serta pengenalan medium-medium tugasan digital mikro. Penceramah merupakan Encik Haziq Hissham wakil MDEC untuk program ini.

Live program ini telah berlangsung selama 3 jam setengah bermula pada pukul 10.00 pagi hingga ke 1.30 petang dan disertai oleh semua staf pengurusan PIK dibawah kelolaan Maxis Berhad. Live diakhiri dengan sesi soal jawab dan sesi bergambar secara maya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas