Pusat Intenet Komuniti, PIK sebagai Pusat Pembelajaran

14 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

13 Januari 2021, Rabu – Pusat Internet Komuniti, PIK akan terus berkhidmat kepada orang ramai terutamanya sebagai pusat pembelajaran bagi mana-mana pelajar B40 khususnya, pelajar SPM dan STPM. Perkhidmatan PIK dalam menyokong dan memenuhi objektif yang dinyatakan oleh YBM semasa kenyataan media bertarikh 18 Disember 2020 dan PIK juga akan terus berfungsi sebagai platform yang menyediakan kemudahan akses internet dan pusat pembelajaran sebagai sebahagian daripada perkhidmatan penting semasa wabak jangkitan Covid-19 ini.

Pelajar dan komuniti sekitar dialukan untuk hadir menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PIK. Walau bagaimanapun, operasi PIK masih tertakluk pada SOP yang telah ditetapkan oleh KKM, MKN dan MCMC. Pengguna diwajibkan memberi kerjasama dalam mematuhi arahan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Bersama-sama kita putuskan rantaian Covid-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas