Kelas Usahawan – Aplikasi TikTok

11 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

10 Januari 2021, Ahad – Kelas diadakan untuk membantu usahawan mempelajari cara untuk mempromosikan produk menggunakan aplikasi TikTok. Aplikasi TikTok merupakan aplikasi menarik dan ringkas sesuai digunakan usahawan masa kini sebagai pengiklanan produk dan juga mudah mendapat perhatian pelanggan menonton video iklan produk mereka. Pelbagai fungsi mudah untuk menyunting video ringkas dan menarik yang tersedia dengan latar belakang muzik yang menghiburkan.

Kelas diadakan di PIK Presint 18 pada Sabtu, 9 Januari yang lalu. Disamping itu, pengajar memberi penerangan berkenaan Klik Dengan Bijak seperti kepentingan dalam mengesahkan sumber sesuatu maklumat untuk mengelakkan daripada penyebaran maklumat palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas