Lawatan Jabatan Pembangunan Wanita, JPW ke PIK Presint 18

15 April 2021 | Aktiviti Terkini

14 April 2021, Rabu – Lawatan Jabatan Pembangunan Wanita, JPW ke PIK Presint 18 mengenai Kluster Pemerkasaan Komuniti melalui Program Pusat Internet Komuniti (PIK) bertujuan untuk melihat susun atur dan kemudahan fasiliti yang disediakan di PIK sebelum program dijalankan. Senarai Pegawai yang hadir ialah Ketua Pengarah JPW Dr. Zurina bt Abdul Hamid, Pengarah Bahagian Usahasama Strategik Puan Iliana bt Yussof, Wakil Bahagian Pengupayaan Wanita, Wakil Bahagian Usahasama Strategik, Wakil Bahagian Pembangunan Psikologi Cik Maziatul Akmal dan Puan Siti Faziyah wakil dari Maxis.

Lawatan diteruskan dengan sesi melihat susun atur dan fasiliti di PIK Presint 18. Seterusnya sesi taklimat dari Pengurus PIK Presint 18 dibantu oleh Pen. Pengurus PIK Presint 18 mengenai program dan aktiviti yang telah dijalankan di PIK Presint 18. JPW tertarik untuk kolaborasi bersama PIK dengan menghantar peserta yg merangkumi kaum wanita untuk menyertai program dan kelas yang dijalankan di PIK terutamanya Kursus Keusahawanan dan ICT. Mereka akan berhubung dengan pihak MCMC dan PIK untuk mengadakan program bersama mereka akan datang. Program tersebut bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas