Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

17 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

16 Jun 2021, Rabu – PIK Presint 18 mengemaskini berita terkini secara atas talian mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menerusi platform Facebook Page PIK Presint 18 kepada komuniti setempat. Tujuan adalah untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada masyarakat mengenai maklumat sahih dan berita terkini Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Hal ini amat penting untuk mengelakkan masyarakat menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkenaan vaksin sekaligus menjadi punca ada kalangan mereka enggan mendapatkan vaksin Covid-19. Sebagai contoh, negeri Kelantan yang mana hampir 10,000 orang tidak hadir untuk janji temu vaksinasi. Info serta maklumat diambil daripada sumber yang sahih seperti FB Page Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Kesihatan WP Putrajaya.

Pada 31 Mac 2021, dalam menyokong Program Imunisasi Covid-19 Nasional Malaysia, SKMM telah menggerakkan semua Pusat Komuniti Internet (PIK) sebagai pusat untuk membantu orang ramai, terutama warga emas yang sukar mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera. Melalui usaha ini, diharapkan dapat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya proses vaksinasi dalam membantu kerajaan barisan hadapan dalam memerangi wabak COVID-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas