Kelas Online - Tutorial Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

20 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

20 Januari 2021, Rabu – Kelas secara online pada kali ini oleh Pusat Internet Komuniti Presint 18 telah diadakan bertajuk Tutorial Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu belajar cara untuk mengemaskini maklumat secara atas talian borang BPR. Pemohon boleh mengemaskini maklumat terdiri dari pemohon yang pernah memohon BSH dan BPN pada tahun 2020. Kepada pemohon baru perlu memohon sebagai pemohon baru dan mengisi maklumat yang diperlukan untuk diproses.

Tujuan aktiviti tersebut sebagai perkongsian maklumat/panduan cara kemaskini BPR dan boleh digunakan oleh komuniti yang menghadapi masalah untuk membuat permohonan baru dan kemaskini maklumat BPR. Tutorial secara online telah diadakan pada 19 Januari yang lalu menggunakan medium media sosial iaitu Facebook Page PIK P18.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas