Program Pengenalan PIK & Advokasi bersama Giatmara Putrajaya

21 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

20 Mac 2021, Sabtu - Pusat Internet Komuniti, PIK Putrajaya telah menganjurkan program bersama Giatmara Putrajaya untuk memberi taklimat Pengenalan PIK & Advokasi bersama pelajar Giatmara Putrajaya. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada mereka mengenai tujuan utama penubuhan PIK di Malaysia serta program yang telah dijalankan oleh PIK. Kami juga telah memberi penerangan ringkas mengenai 5 pembelajaran modul yang akan dijalankan bersama Giatmara Putrajaya bermula Mac sehingga Jun 2021.

Latihan tersebut akan diadakan setiap bulan bermula bulan Mac. Modul pembelajaran merangkumi latihan ICT, keusahawan dan advokasi. Program diteruskan dengan taklimat advokasi iaitu mengenai Check Your Label, Klik Dengan Bijak – Maklumat Palsu, Mobile ewaste dan Kuiz Kahoot. Sesi penyampaian hadiah juga diadakan untuk peserta yang berjaya menjawab soalan.

Bagi mengikuti saranan kerajaan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP), pelajar Giatmara dibahagikan kepada dua sesi (10 peserta satu sesi) untuk setiap modul. Program yang dijalankan juga dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama bermula jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi seramai 9 orang pelajar. Sesi kedua pula bermula jam 11:00 pagi hingga 12:00 tengah hari seramai 10 orang pelajar. Seorang guru Giatmara juga telah menyertai program ini. Program telah dijalankan pada 19 Mac 2021, Jumaat yang lalu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas