Social Media Marketing Training for Staff PIK

22 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

21 Mac 2021, Ahad - Latihan Pemasaran Media Sosial anjuran pengurusan PIK untuk Pengurus dan Penolong Pengurus PIK Putrajaya dan Linggi bertempat di Pusat Internet Komuniti, PIK Presint 18 Putrajaya. Latihan ini telah dihadiri oleh 10 orang staf PIK Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10, Presint 16, Presint 18 dan Linggi.

Latihan ini telah diadakan pada 20 Mac 2021, Sabtu yang lepas bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga 5:00 petang. Antara pengisian sepanjang latihan adalah mengenai teknik mudah untuk mempromosikan perniagaan secara atas talian di media sosial seperti Facebook dan Instagram dan teknik copy writing untuk memasarkan produk di media sosial. Latihan keusahawanan ini telah disampaikan oleh En. Redzuan Jamal dari Yes Academy.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas