FB Live bersama Usahawan PEDi Presint 18

20 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

19 Disember 2021, Ahad – Usahawan PEDi Presint 18 berkongsi tips dan pengalaman berniaga secara atas talian menerusi Facebook PEDi Presint 18. Tujuan FB Live ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman latihan dan kemahiran yang dipelajari usahawan. Pengajar terdiri daripada staf dari PEDi Presint 18 iaitu Rakan Digital En. Abu Khalaf, Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi. Staf PEDi membantu memberi latihan kepada usahawan mengenai asas ICT serta teknik memasarkan produk-produk secara atas talian menggunakan Shopee dan media sosial seperti TikTok, Facebook Ads dan FB Page.

Disamping itu, sesi live FB memperkenalkan Program PUPUK iaitu Rakan Digital PEDi dari Presint 18 iaitu Encik Abu Khalaf yang akan membantu usahawan dalam mempelajari pelbagai ilmu keusahawanan yang boleh meningkatkan kemahiran para usahawan sekitar PEDi terutamanya dalam memasarkan produk secara atas talian. Sesi FB Live diadakan pada 18 Disember 2021, Sabtu yang lalu bermula 12.00 tengahari hingga 12.30 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas