Pembelajaran Atas Talian - Google Meet & Google Classroom

24 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

23 Mei 2021, Ahad – Pusat Internet Komuniti (PIK) menyediakan kemudahan kepada pelajar untuk mengikuti pembelajaran atas talian secara percuma. Pelajar yang hadir diminta untuk mengikuti SOP yang ditetapkan dan petugas PIK membantu pelajar yang terlibat bagi memastikan mereka dapat mengikuti kelas secara online dengan baik.

Pelajar sekolah menengah dan rendah sekitar Presint 18 hadir ke PIK untuk kelas secara atas talian. Antara pelajar yang hadir terdiri daripada pelajar pra sekolah, darjah 3 hingga 6, tingkatan 2 hingga 5.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas