Misi Jelajah Digital Siri Tip Pelajar: Scratch

26 September 2021 | Aktiviti Terkini

25 September 2021, Sabtu – Sesi Live di Youtube eKelas Maxis bertajuk "Code Your Digital Story" dibawakan khas oleh Lenovo, yang menampilkan pakar STEM dan pengekodan mereka untuk memberikan kursus selama 1 jam mengenai asas-asas pengekodan menggunakan aplikasi ringkas dan popular iaitu Scratch 3.0. Tutor juga akan menunjukkan contoh bagaimana Scratch dapat digunakan untuk membuat projek dan reka bentuk mengikut tema Angkasa Lepas dan Galaksi seperti yang diperlukan dalam Misi Marikh. Selain itu, tutor juga akan menerangkan beberapa petua keselamatan dalam talian yang penting semasa menggunakan platform ini.

Pelajar yang berminat untuk mengambil bahagian dalam Misi Marikh boleh mula membuat kod kapal angkasa atau koloni manusia dan menyerahkan karya kreatif anda untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah misi. Sesi live di Youtube telah berlangsung pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Untuk maklumat lanjut layari https://www.maxis.my/misi-ekelas .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas