Program Keusahawanan & Resume bersama Giatmara

28 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

27 Mac 2021, Sabtu – Pusat Internet Komuniti Putrajaya telah memulakan modul kedua untuk sesi 1/2021 bersama Giatmara Putrajaya. Pengajar modul kali oleh staf PIK Presint 18. Modul Asas Keusahawanan merangkumi apa itu perniagaan atas talian, bagaimana memulakan perniagaan atas talian dan jenis-jenis perniagaan atas talian. Pelajar Giatmara didedahkan cara betul dalam memulakan perniagaan atas talian.

Modul tambahan mengenai cara membuat akaun email dengan menggunakan gmail.com dan cara membuat resume menggunakan laman sesawang canva.com. Bagi mengikuti saranan kerajaan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP), pelajar Giatmara dibahagikan kepada dua sesi (10 peserta satu sesi) untuk setiap modul. Sesi pertama bermula jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari seramai 10 orang pelajar. Sesi kedua pula bermula jam 2:00 petang hingga 4:00 petang seramai 10 orang pelajar. Program telah berlangsung pada 26 Mac, Jumaat yang lalu. Seorang guru Giatmara juga telah menyertai kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas