Program Keusahawanan Atas Talian Pupuk Bersama Shopee & MCMC

4 September 2021 | Aktiviti Terkini

3 September 2021, Jumaat – Program Kelas Keusahawanan atas talian PUPUK Bersama Shopee & MCMC ini merupakan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan pihak Shopee yang merupakan platform No. 1 jual beli atas talian di Malaysia. Program dijalankan secara atas talian melalui pihak Shopee sebagai tenaga pengajar dengan kerjasama MCMC.

Usahawan yang menjadi peserta di dalam kempen ini bakal mendapat pelbagai faedah yang ditaja oleh MCMC antaranya seperti baucher diskaun, baucher kedai dan baucher penghantaran percuma. Program ini diadakan pada 2 September 2021 (Khamis) yang lalu bermula pada jam 4.00 petang hingga 6.00 petang. Program ini membantu usahawan cara-cara bagaimana ingin menjual di dalam Shopee, cara membuat kedai di Shopee, pemasaran di Shopee, cara buat baucher di Shopee, sistem Shopee, pembungkusan dan penghantaran serta pelbagai lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas