Program Sumbangan Ramadhan Bersama Giatmara Putrajaya

4 April 2021 | Aktiviti Terkini

03 April 2021, Sabtu – Pusat Internet Komuniti, PIK Putrajaya telah berkolaborasi bersama Giatmara Putrajaya dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi menjayakan Program Sumbangan Ramadhan kepada asnaf dan pihak AIM Presint 16, Putrajaya.

Majlis bermula pada pukul 3 petang dengan ketibaan wakil AIM, Puan Suhana dan wakil Giatmara Putrajaya, Puan Rahimah, Pengurus Giatmara Putrajaya, serta 15 penerima sumbangan. Sumbangan yang diberi dari pihak PIK Putrajaya dan Giatmara Putrajaya.

Kesedaran keselamatan internet dan penerangan berkenaan Program Vaksinasi Kebangsaan juga diadakan dan disampaikan oleh staf PIK. Tayangan video Klik dengan Bijak (KDB) dan edaran risalah KDB juga disertakan. Seterusnya, Puan Rahimah memberi penerangan berkenaan kursus jangka pendek yang disediakan pihak Giatmara dalam membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat amnya dan khususnya kepada penduduk Putrajaya yang berminat untuk mengikuti program di Giatmara Putrajaya. Dibantu oleh staf-staf PIK Putrajaya dalam membuka laman sesawang Giatmara untuk memuat turun borang pendaftaran Giatmara.

Bagi mengikuti saranan kerajaan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP), hanya 15 penerima sumbangan untuk program kali ini. Pihak PIK juga berharap program seperti ini dapat diteruskan bersama pihak Giatmara Putrajaya dan pihak AIM. Seterusnya penyampaian sumbangan oleh Pn. Rahimah dan pihak PIK Putrajaya yang diwakilkan oleh Roslaini, Penolong Pengurus Presint 16. Program berlangsung pada 2 April, Jumaat bermua jam 3.00 hingga 5:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas