Program Gotong Royong Sambut Ramadhan Surau Al-Kauthar 18R13

5 April 2021 | Aktiviti Terkini

04 April 2021, Ahad – Surau Al-Kauthar 18R13 dengan jayanya telah mengadakan Program Gotong Royong Sambut Ramadhan bagi tahun 2021. Program ini diadakan sempena menyambut awal bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Program yang dijalankan untuk menyerikan lagi kawasan surau seperti tempat ibadah di ruang solat dan mencuci toilet untuk keselesaan para Jemaah yang akan menggunakan surau untuk beribadah di bulan Ramadhan nanti. Selain itu program ini dapat menjalinkan ukhwah sesama penduduk sekitar.

Pusat Internet Komuniti, PIK Presint 18 mengambil kesempatan ini turut serta turun padang dan bekerjasama dengan AJK surau. Program telah diadakan pada 3 April 2021 bersamaan hari Sabtu yang lalu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi taklimat dan pemberian baju t-shirt untuk AJK Surau, gotong royong surau dan gotong royong menyediakan jamuan tengah hari. Komuniti yang hadir terdiri daripada AJK Surau dan penduduk P18R13. Program tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas