Pelancaran Misi Jelajah Digital & Penerangan Tugasan – eKelas Maxis

5 September 2021 | Aktiviti Terkini

4 September 2021, Sabtu – Sesi LIVE di Youtube eKelas Maxis untuk Pelancaran Misi Jelajah Digital & Penerangan Tugasan. Sesi live bersama pelajar eKelas bermula dengan jemputan khas iaitu pakar astrofizik negara, Dato' Seri Dr. Mazlan Othman menerangkan mengenai penerokaan angkasa lepas dan Sains yang menarik.

Sesi seterusnya dengan penerangan terperinci dari Cikgu eKelas tentang tugasan yang perlu dibuat tentang Misi Bumi & Misi Marikh. Pelajar eKelas dijemput untuk menjadi ejen Misi ini! Pelajar boleh menerokai dunia STEM bersama eKelas dan mengasah bakat dalam membuat 'coding', berfikir secara kreatif menyelesaikan masalah dan merekacipta. Ekelas Maxis menawarkan hadiah menarik seperti komputer riba, telefon dan e-baucar untuk pemenang yang berjaya. Sesi live di Youtube telah berlangsung pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Untuk maklumat lanjut layari https://www.maxis.my/misi-ekelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas