Kaji Selidik MCMC 2021 - Penggunaan Telefon Bimbit, E-Dagang, Kualiti Pengalaman Jalur Lebar & Kadar Kepuasan Pengguna

6 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

5 Mei 2021, Rabu – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC sedang menjalankan beberapa kajian bagi tujuan pengumpulan data berkaitan akses dan penggunaan telefon bimbit, e-dagang, kualiti pengalaman jalur lebar dan kadar kepuasan pengguna seperti berikut:

Kajian telah bermula dari 22 April 2021 sehingga 31 Disember 2021. Pungutan data dijalankan dari pukul 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari, kecuali hari kelepasan am negara dan negeri. Kajian ini dijalankan melalui sistem kajian dalam talian selamat MCMC dan melalui sesi temu ramah bersemuka yang dikendalikan oleh wakil daripada Pusat Internet Komuniti (PIK). Setiap responden adalah dipilih secara rawak untuk menyertai soal selidik ini. PIK Presint 18 juga turut terlibat dalam Kaji Selidik ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas