Seminar Wanita, Remaja, Dan ICT Ke Arah Masa Depan Yang Cerah

1 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

30 April 2021, Jumaat – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengadakan sesi perkongsian ‘Wanita, Remaja, Dan Ict: Ke Arah Masa Depan Yang Cerah’ anjuran Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC). Bengkel ini dijalankan secara atas talian bersama lebih kurang 800 peserta mengikuti seminar termasuk semua staf Pusat Internet Komuniti (PIK) di Malaysia, ibubapa dan orang awan yang berminat . Bengkel ini telah dijalankan selama 3 jam bermula dari 10:00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Seminar ini dipengerusikan sendiri oleh Puan Hashimah Binti Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Keterlibatan Komuniti Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Tujuan seminar ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girl’s in ICT 2021, iaitu program tahunan yang diadakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 10 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Menyedari kemampuan dan kekuatan yang dimiliki oleh golongan remaja dan belia wanita, Malaysia, di bawah penyelarasan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), meraikan inisiatif ini pada tahun ini melalui kolaborasi dengan rakan kerjasama dan sektor korporat. Ini adalah kerana pemerkasaan remaja dan belia wanita dalam industri Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT) bersama-sama dengan bidang yang berkaitan dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) amat penting dalam meningkatkan kesetaraan gender di Malaysia.

Seminar ini juga di terajui oleh 3 panel dari latarbelakang industri Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT). Ahli panel yang terlibat adalah Puan Viviantie Sarjuni Pengurus Besar, Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCEIC), Cik Faezrah Rizalman Ketua Pegawai Eksekutif, Rambutan Code Academy dan Penasihat SCEIC dan Cik Sharifah Nadira Syed Nurshadir pelajar Komunikasi Media Baru dan Keusahawanan Kandungan, Jurugambar Video Bebas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas