Sesi Penerangan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) oleh SSM bersama PIK di Wilayah Persekutuan

8 October 2021 | Aktiviti Terkini

7 Oktober 2021, Khamis – Seramai 77 orang staf Pusat Internet Komuniti (PIK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah menyertai Sesi Penerangan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) oleh SSM bersama PIK di Wilayah Persekutuan. Program ini merupakan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menawarkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) untuk golongan B40 dan Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia.

Sesi penerangan ini adalah secara atas talian melalui pihak SKMM dan pihak SSM sebagai tenaga pengajar. Staf-staf PIK Wilayah Persekutuan diberi penerangan berdasarkan topik-topik seperti berikut :
1. Jenis-Jenis Entiti Perniagaan di Malaysia
2. Kelebihan & Syarat Mendaftarkan Perniagaan (Registration of Business)
3. Kaedah Pendaftaran Perniagaaan
4. Skim Pendaftaran Perniagaan (SPPP)
5. Kelebihan SSM Biztrust
6. Demo Mendaftarkan Perniagaan Secara Online

Program ini diadakan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pegawai SSM yang memberi penerangan adalah Puan Siti Maryam Mustapha dan Encik Ruhalmusdi Hanafi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas