Lawatan Pengarah MCMC Negeri Wilayah Persekutuan

9 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

08 Disember 2021, Rabu – Satu lawatan diadakan oleh Pengarah MCMC Negeri Wilayah Persekutuan iaitu Tuan Haji Rizal Abd Malek di PEDi Presint 16, Putrajaya diiringi oleh Ts. Katirawaan Rajadran iaitu Timbalan Pengarah MCMC dan juga wakil-wakil dari pihak Maxis.

Program bermula pada pukul 9.30 pagi dengan sesi pembentangan berkenaan PEDi Presint 16 oleh Puan Nur Dahiyah selaku Penolong Pengurus. Program seterusnya adalah perkongsian daripada wakil Rakan Digital iaitu Encik Abu Khalaf telah berkongsi serba sedikit tentang fungsi-fungsi Rakan Digital. Staf PEDi Putrajaya yang lain iaitu dari Presint 9 Fasa 10, Presint 9 Fasa 3 dan Presint 18 turut serta membantu menjayakan sesi lawatan pada kali ini.

Program ini disempurnakan dengan sesi penutup dengan sesi bergambar bersama. Program telah berlangsung pada pukul 9.30 pagi hingga 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas