Kuiz Kahoot Ramadhan

10 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

9 Mei 2021, Ahad – Aktiviti diadakan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak. Aktiviti ini dapat menjana minda pelajar dengan soalan-soalan mengenai bulan Ramadhan, Jawi, Tajwid dan asas pengetahuan Islam. Peserta dilihat teruja bersaing dengan rakan-rakan menjawab soalan betul ketika menyertai sesi Kuiz Kahoot Ramadhan. Sesi ini bermula pada jam 11 pagi hingga 12.30 tengahari. Aktiviti tersebut diadakan di PIK Presint 18 pada 8 Mei, Sabtu yang lalu. Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas